ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 152. Petisyen rayuan.

(1) Dalam masa empat belas hari selepas tarikh penyampaian salinan penghakiman atau alasan keputusan yang disebut dalam seksyen 151, pihak merayu hendaklah memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah petisyen rayuan dalam tujuh salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh pihak merayu atau peguam syarienya dan hendaklah mengandungi butir-butir tentang perkara-perkara undang-undang atau fakta yang berkenaan dengannya Mahkamah yang darinya rayuan itu dibuat dikatakan telah silap dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah, pihak merayu tidak boleh semasa pendengaran rayuan itu bergantung kepada apa-apa alasan rayuan yang lain daripada yang dinyatakan dalam petisyen itu.

(3) Jika sesuatu petisyen tidak difailkan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan menghadkan atau menyekat kuasa-kuasa melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 155.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.