ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 126. Menganiaya isteri atau suami.

Seseorang suami atau isteri yang menganiaya suami atau isterinya atau menipu harta suami atau isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara dan Mahkamah hendaklah memerintahkan harta atau nilai yang ditipu itu supaya dikembalikan kepada suami atau isteri menurut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.