ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 126. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah atau sebelum keputusan Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika disabitkan, hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.