ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 95. Menarik balik pertuduhan atas sabitan satu daripada beberapa pertuduhan.

(1) Apabila lebih daripada satu pertuduhan dibuat ke atas orang yang sama dan apabila disabitkan kesalahan ke atas satu atau lebih pertuduhan-pertuduhan itu, maka pegawai yang menjalankan pendakwaan boleh, dengan kebenaran Mahkamah, menarik balik baki pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan, atau Mahkamah dengan kehendaknya sendiri bolehlah menggantungkan pembicaraan ke atas pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan itu.

(2) Penarikan balik atau pergantungan itu bolehlah dikirakan sebagai pembebasan pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan itu, kecuali sabitan itu diketepikan, maka dalam perkara yang seumpama itu Mahkamah (tertakluk kepada perintah Mahkamah yang mengenepikan sabitan itu) bolehlah meneruskan pembicaraan atas pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan yang ditarik balik atau yang tidak dibicarakan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.