ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN
Seksyen 90. Bila diragui tentang apakah kesalahan yang dilakukan.
Jika satu perbuatan tunggal atau siri perbuatan berkeadaan sebegitu rupa sehingga mendatangkan ragu-ragu yang mana satu di antara beberapa kesalahan itu boleh dibuktikan telah dilakukan, maka orang yang dituduh boleh dipertuduhkan melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu; dan pertuduhan-pertuduhan itu bolehlah dibicarakan bersekali, atau dia boleh dipertuduhkan dengan pertuduhan pilihan kerana melakukan mana-mana satu atau lebih kesalahan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.