ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA



Seksyen 107. Perintah larangan oleh Mahkamah.

(1) Walau apapun peruntukan yang terkandung dalam seksyen 95, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi masing-masing atau wasi kepada wasi-wasi masing-masing dari-

tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan bersalahan dengan perintah itu boleh diisytiharkan sebagai tak sah, dan atas pengisytiharaan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.