ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988
BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA
Seksyen 17. Perlantikan Nazir-Nazir Sekolah
Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik beberapa orang Nazir Sekolah Agama yang diperlukan, yang tugas-tugasnya hendaklah termasuk-
(a)
untuk menjalankan dari semasa ke semasa pemeriksaan ke atas Sekolah-Sekolah Agama tentang pengajaran kurikulum yang dibenarkan, penggunaan buku-buku teks, guru-guru yang diambil bekerja dan pematuhan yang wajar akan Enakmen ini dan Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya atau arahan-arahan Pendaftar;
(b)
untuk menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana Sekolah Agama berhubung dengan apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;
(c)
untuk memeriksa akaun-akaun Sekolah Agama;
(d)
untuk melaporkan apa-apa perkara luar aturan dan untuk membuat apa-apa cadangan yang perIu kepada Pendaftar; dan
(e)
menjalankan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.