ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 73. Tempoh penjagaan.

(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah membenarkan ia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

(2) Penjagaan kemudian daripada itu berpindah kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdekan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.