ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 103. Prosedur Mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan-alasan yang munasabah.

Jika Mahkamah berpendapat bahawa sesuatu soalan seperti yang tersebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan-alasan yang munasabah, maka Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang Peguam Syarie, melaporkan hal keadaan kes itu kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atau pihak berkuasa lain yang kepadanya Peguam Syarie itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.