ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 152. Notis rayuan.

(1) Setiap rayuan hendaklah dikemukakan dengan notis bertulis dan hendaklah didaftarkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah yang membuat keputusan yang hendak dirayu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan dibuat.

(2) Setiap notis rayuan hendaklah menyatakan secara ringkas isi keputusan yang dirayu, dan hendaklah mengandungi satu alamat di mana notis atau dokumen berhubung dengan rayuan boleh disampaikan kepada pihak merayu atau wakilnya, kecuali di mana notis rayuan dibuat secara lisan di bawah seksyen 155, hendaklah ditandatangani oleh pihak merayu atau Peguam Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.