ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Waran Tangkap



Seksyen 32. Bentuk waran tangkap.

Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah bertulis dalam Borang 3 dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran tersebut hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan atau sehingga ia dilaksanakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.