ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 123. Saman dan penyampaian.

(1) Selain daripada pernyataan tuntutan asal, pihak menuntut hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah satu salinannya bagi tiap-tiap pihak kena tuntut.

(2) Mahkamah hendaklah mengeluarkan saman kepada tiap-tiap pihak yang kena tuntut dan hendaklah menyebabkan supaya disampaikan saman bersama dengan satu salinan pernyataan tuntutan itu kepadanya.

(3) Saman itu hendaklah memerintahkan supaya pihak kena tuntut itu hadir untuk menjawab tuntutan itu di tempat, hari, dan waktu yang ditentukan, dan hendaklah memberi amaran kepadanya iaitu, jika dia tidak hadir, Mahkamah boleh membenarkan tuntutan itu sekalipun dia tiada hadir.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.