ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN V - PELBAGAI



Sekyen 24. Perlindungan kepada Pegawai-pegawai.

(1) Mana-mana Pegawai Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Kadi tidak boleh didakwa di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Adat kerana apa-apa perbuatan atau perintahnya semasa menunaikan tugas-tugasnya, sama ada perbuatannya itu telah dilakukan luar atau di dalam bidangkuasanya dan sesuatu perintah kos tidak boleh dikenakan ke atasnya;

Dengan syarat bahawa ada masa perbuatan itu dilakukan Pegawai itu telah melakukan perbuatan-perbuatan itu dengan suci hati dan mempercayai bahawa ianya mempunyai bidangkuasa untuk melakukan perbuatan atau mengeluarkan perintah yang berkenaan.

(2) Orang-orang yang menguatkuasakan waran atau perintah yang dikeluarkan dengan sahnya oleh Mahkamah tidak boleh didakwa di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Adat jika sekiranya waran atau perintah itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut semasa ianya mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkannya.

(3) Belif atau mana-mana Pegawai Mahkamah yang telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan mana-mana hukuman, perintah atau waran tahan harta sebelum hukuman, tidak boleh didakwa di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Adat kerana sebarang tindakannya yang berkenaan dengan harta yang dirampasnya, kecuali jika sekiranya dia dengan sengaja telah bertindak melebehi had kuasa yang telah diberikan kepadanya oleh saman, waran atau perintah yang berkenaan:

Dengan syarat ia hendaklah tidak boleh dianggap sebagai telah bertindak dengan sengaja melebehi had kuasanya hanya kerana ia telah mengetahui adanya suatu pertikaian tentang hakmilik harta yang dirampas itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.