ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 62. Pegawai Penguatkuasa Agama boleh menghendaki bon untuk kehadiran pengadu dan saksi.

(1) Jika semasa sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Bab ini ternyata kepada pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang cukup atau alasan yang munasabah bagi membenarkan prosiding jenayah dimulakan atau dilanjutkan terhadap seseorang, pegawai itu hendaklah meminta pengadu itu, jika ada, dan beberapa orang ternyata kepada pegawai itu mengetahui akan hal-keadaan kes itu, sebagaimana dia fikirkan perlu, menyempurnakan bon untuk hadir di hadapan Mahkamah yang disebut di dalamnya dan memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap yang dituduh itu.

(2) Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantarkannya ke Mahkamah.

(3) Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon, pegawai itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada Mahkamah yang boleh kemudiannya menurut budibicaranya mengeluarkan saman atau waran untuk menjamin kehadiran pengadu atau saksi itu dihadapannya supaya memberi kehadiran pengadu atau saksi itu dihadapannya supaya memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap orang yang dituduh itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.