ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"
baligh" ialah orang yang cukup umur mengikut Hukum Syarak;

"
bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuk qarinah;

"
dibuktikan" sesuatu fakta adalah "dibuktikan" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya fakta itu wujud atau berpendapat wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras, dalam hal keadaan yang berkenaan itu seharusnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu adalah wujud;

"dibuktikan sebaliknya" sesuatu fakta adalah dikatakan "dibuktikan sebaliknya" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya fakta itu tidak wujud atau berpendapat tidak wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras dalam hal keadaan yang berkenaan itu seharusnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu adalah tidak wujud;

"dokumen" ertinya apa-apa yang dinyatakan atau diterangkan atas apa-apa benda dengan cara menggunakan huruf, angka atau tanda atau sesuatu atau lebih daripada satu cara tersebut yang bertujuan digunakan atau yang boleh digunakan untuk merekodkan perkara itu;

MISALAN
"fakta" ertinya dan termasuklah -
MISALAN
"fakta persoalan" ertinya mana-mana fakta yang dengan sendirinya atau berhubung dengan lain-lain fakta, wujud atau tidak wujud, jenis atau luasnya apa-apa hak, tanggungan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau prosiding, semestinya ternyata.

MISALAN
"Hakim" ertinya Hakim yang dilantik di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1993 [En. 12/93].;

"
Hukum Syarak" ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah;

"keterangan" adalah termasuk -

"Mahkamah" ertinya Mahkamah yang ditubuhkan menurut Enakmen Mahkamah Syariah 1993 [En. 12/93].;

"
qarinah" ertinya fakta yang berkaitan dengan fakta yang lain dalam apa-apa cara yang dirujuk dalam Hukum Syarak atau yang dihuraikan dalam Enakmen ini;

"
syahadah" ertinya keterangan yang bersifat benar yang diberi dalam Mahkamah dengan menggunakan lafaz 'Asyhadu' demi menentukan sesuatu atau kepentingan seseorang terhadap seorang lain, dan jika ditentukan sedemikian ia mengikat Hakim;

"tidak dibuktikan": sesuatu fakta adalah dikatakan "tidak dibuktikan" apabila fakta itu tidak dibuktikan atau tidak dibuktikan sebaliknya.


(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam ini tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388].hendaklah mempunyai erti yang masing-masing diberi kepadanya oleh Akta itu.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada skrip bahasa Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual tersebut.

(4) Raja dalam Mesyuarat boleh dari masa ke semasa meminda, memotong daripada atau menambah kepada Jadual.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.