ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 24. Rahsia.

Perjalanan urusan Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang ahli pun atau penjawatnya boleh menyiarkan atau memberitahu kepada sesiapa, selain daripada Yang di-Pertuan Besar, Menteri Besar dan mana-mana ahli Majlis sesuatu perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat kecuali dia dibenarkan atau dikehendaki berbuat demikian oleh Majlis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.