ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI



Seksyen 223. Perlindungan Majlis dan ahli-ahli dan orang-orang gajinya.

(1) Tidaklah tertanggung ke atas ahli-ahli Majlis akan apa-apa kerugian yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebarang pelaburan yang diperbuat mengikut Enakmen ini, atau akan apa-apa kemungkinan memungut atau mengumpul apa-apa wang atau aset kepunyaan Majlis, kecuali kerugian itu telah terjadi akibat daripada kecuaiannya yang disengajakan atau tipuannya.

(2) Tidaklah tertanggung ke atas peribadi ahli-ahli Majlis, pekerja-pekerja, ejen-ejen, atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasa Majlis, sebarang tindakan atau prosiding bagi atau berkenaan dengan mana-mana perbuatan, perkara, atau benda yang dilakukan atau yang ditinggalkan dengan secara jujur pada menjalankan atau mempercayai menjalankan mana-mana hak atau kuasa Majlis atau ahli-ahlinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.