ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 121. Fasakh atau membatalkan nikah.

(1) Seseorang isteri boleh menuntut fasakh dengan aduan di dalam Mahkamah.

(2) Di dalam mana-mana perkara tuntutan fasakh, Mahkamah hendaklah menyerahkan notis pembicaraan kepada suami dan jika tidak dapat diserahkan notis itu kepada suami disebabkan ianya tidak ada di dalam Negeri atau tidak dapat dicari dan Mahkamah berpuashati atas keterangan sumpah atau ikrar hendaklah notis itu diserahkan kepada waris lelaki kepada suami yang hampir sekali yang berada di dalam Negeri dan jika waris yang dimaksudkan itu tidak didapati hendaklah surat notis itu ditampal di rumah yang diketahui tempat kediaman suami itu yang akhir atau disiarkan di dalam akhbar atau sebagainya.

(3) Kadi akan menjalankan pembicaraan dan memberi keputusan di dalam perkara permohonan fasakh ini, sekalipun suami itu tidak hadir di dalam pembicaraan dengan syarat notis itu telah disempurnakan mengikut peruntukan seksyen-kecil (2) seksyen ini dan pengakuannya telah diberi dengan sumpah.

(4) Tiap-tiap permohonan fasakh tidak boleh disabitkan melainkan mengikut syarat-syarat Hukum Syarak dan menurut keterangan isteri dan sekurang-kurangnya keterangan bersumpah dua orang saksi.

(5) Apabila dijatuhkan hukuman sabit fasakh, Pendaftar hendaklah mendaftarkan fasakh itu sebagai perceraian yang sah mengikut Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.