ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN IX - KESALAHAN
Seksyen 142. Memutuskan nikah oleh isteri atas helah.
Mana-mana perempuan Islam, kerana tiada suka akan suaminya membuat helah memurtadkan dirinya keluar dari Ugama Islam dengan tujuan memutuskan nikahnya daripada suaminya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.