ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - PELBAGAI



Seksyen 28. Pemansuhan.

(1) Enakmen yang tersebut dalam Jadual Ketiga hendaklah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan dalam ruangan ketiga Jadual tersebut:

Dengan syarat bahawa segala langkah perbicaraan perisytiharaan atau perintah yang telah dibuat atau dimulakan di bawah Enakmen yang dengan ini digantikan itu hendaklah masih lagi berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(2) Penggantian itu tidak menyentuh perjalanan kuatkuasa kebelakangan Enakmen yang digantikan itu atau apa-apa jua yang telah dilakukan atau ditanggung dengan sewajarnya di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yang diperolehi, terkumpul atau ditanggung di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.