ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

VI - PERUNTUKAN YANG BERHUBUNG DENGAN BENEFISIARI



Seksyen 23. Bekues kepada orang tertentu.

(1) Tertakluk kepada seksyen 22, jika sesuatu bekues dibuat kepada bilangan orang yang terhad, tetapi tidak menyebut nama mereka dan sebahagian daripada mereka tidak layak untuk menjadi benefisiari semasa kematian pewasiat, harta pusaka itu hendaklah dibahagikan kepada benefisiari yang layak sahaja.

(2) Jika sesuatu wasiat ialah suatu wasiat secara berkongsi antara orang tertentu dengan suatu kumpulan atau organisasi, atau antara suatu kumpulan dengan suatu organisasi, atau antara mereka semua, tiap-tiap orang tertentu dan tiap-tiap individu daripada kumpulan yang terhad itu dan tiap-tiap organisasi yang tidak terhad hendaklah mempunyai bahagian dalam wasiat itu.

(3) Jika sesuatu wasiat bagi seseorang, kumpulan orang atau pihak tertentu tidak sah, bahagian orang, kumpulan orang atau pihak tertentu itu dalam harta yang dibekues itu hendaklah menjadi harta pusaka pewasiat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.