ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN-ANGGAPAN TENTANG SURATAN-SURATAN



Seksyen 68. Anggapan tentang salinan-salinan yang diperakui bagi rekod kehakiman negara asing.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana suratan yang berupa sebagai salinan yang diperakui dari sesuatu rekod kehakiman mana-mana negara di luar Malaysia, adalah tulin dan betul jika suratan itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang disahkan oleh wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi memperakui salinan rekod kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.