ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Qarinah



Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan ialah qarinah

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani mana-mana dokumen, maka pendapat mana-mana orang yang kenal akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, ialah qarinah.

Huraian—Seseorang dikatakan kenal akan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis olehnya sendiri atau di bawah kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan biasa urusan, dokumen yang berupa ditulis oleh orang itu lazimnya dikemukakan kepadanya.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada sesuatu surat tertentu adalah daripada A kepada isterinya.

Keterangan diberikan oleh B yang merupakan setiausaha A dan tugasnya adalah untuk meneliti dan memfailkan persuratan A.

Pendapat B atas soal sama ada surat itu dalam tulisan tangan A ialah qarinah, walaupun B tidak pernah melihat A menulis surat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.