ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama



Seksyen 32. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6) seksyen 33, Mufti boleh meminda, mengubah atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah terlebih dahulu dikeluarkan olehnya atau mana-mana Mufti terdahulu daripadanya.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan ke atas sesuatu fatwa hendaklah dianggap menjadi fatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen (3) dan (4) seksyen 30 dan subseksyen (2) seksyen 31 hendaklah terpakai.

(3) Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat mengikut peruntukan subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.