ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 62. Anggapan mengenai ketulenan salinan diperakui.

(1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan, salinan diperakui atau dokumen lain yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai sesuatu fakta tertentu, dan yang berupa sebagai diperakui dengan wajar oleh mana-mana pegawai kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa bagi maksud itu:

Dengan syarat bahawa dokumen itu adalah pada hakikatnya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan mengikut cara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.

(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya sesuatu dokumen itu berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang dinyatakannya dalam dokumen itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.