ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH
KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN-KEADAAN KHAS



Seksyen 26. Perkaitan nyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung di dalam buku undang-undang.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu undang-undang bagi sesebuah negara apa-apa kenyataan mengenai undang-undang itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang dicetak atau diterbitkan dengan kuasa kerajaan negara itu, dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang itu, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan Mahkamah Negara itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa laporan mengenai keputusan itu, adalah berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.