ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 96. Bila soalan-soalan memimpin tidak boleh ditanya.
(1) Soalan-soalan memimpin tidaklah boleh sekali-kali sekiranya dibantah oleh pihak lawan, ditanya di dalam sesuatu pemeriksaan utama atau di dalam sesuatu pemeriksaan semula, kecuali dengan mendapat kebenaran Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan-soalan memimpin berkenaan dengan perkara-perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau yang telah pada pendapatnya, dibuktikan dengan secukupnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.