ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 133. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah nafkah.

Tanpa menyentuh hak seseorang yang mempunyai kepentingan di bawah sesuatu perintah yang dibuat di bawah Ordinan ini untuk menguatkuasakannya di bawah Ordinan ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh, jika perintah itu dengan sengaja tidak dipatuhi, mengarahkan supaya jumlah yang kena dibayar itu dilevikan mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevikan denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah itu, atau boleh menjatuhkan hukuman penjara ke atas orang yang sengaja cuai mematuhi perintah itu selama tempoh, jika perintah itu bagi bayaran bulanan, tidak lebih daripada satu minggu bagi bayaran tiap-tiap bulan yang tidak dibayar atau bagi bayaran yang lain tidak lebih daripada satu tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.