ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Kuasa-Kuasa dan Fungsi-fungsi Yang Dipertua ke atas Perjalanan Majlis, dsb.



Seksyen 21. Permohonan cuti oleh Yang Dipertua.

(1) Yang Dipertua hendaklah, jika telah dijangkakan yang dia tidak akan hadir kerana bercuti atau kerana apa-apa sebab lain selama lebih daripada empat belas hari, memohon cuti daripada Yang di-Pertua Negeri yang boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Mana-mana anggota lain Majlis atau Setiausaha hendaklah memohon cuti kepada Yang Dipertua dan Yang Dipertua boleh memberikan cuti itu ataupun dia akan mengemukakan perkara itu kepada Yang di-Pertua Negeri untuk mendapatkan arahan daripadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.