ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VIII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 68. Kehendak-kehendak bagi, dan kesannya, memeluk agama Islam.

(1) Seseorang yang bukan Islam dan ingin memeluk agama Islam hendaklah mematuhi segala kehendak yang perlu mengikut Undang-Undang Islam bagi pemelukan sah agama Islam.

(2) Seseorang terus memeluk agama Islam dan menjadi orang Islam sebaik sahaja dia memenuhi kehendak di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.