ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - Beban Bukti
Seksyen 78. Beban membuktikan fakta yang diketahui khas.
Apabila sesuatu fakta adalah khasnya diketahui oleh seseorang maka beban bagi membuktikan fakta itu terletak atasnya.
MISALAN
Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan sesuatu niat yang lain daripada niat yang boleh difahamkan daripada hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu adalah terletak atasnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.