ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - Fakta-fakta yang tidak perlu dibuktikan



Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada seksyen 17 (2) tidaklah perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding apa jua fakta yang pihak atau wakil mereka dalam perbicaraan itu bersetuju hendak mengaku apabila diadakan pembicaraan itu atau yang, jika sebelum diadakan prosiding itu, mereka bersetuju hendak mengaku dengan sesuatu surat yang ditandatangani oleh mereka atau wakil mereka atau yang menurut sesuatu kaedah guaman yang berkuatkuasa pada masa itu, mereka adalah disifatkan telah mengaku melalui surat guaman mereka:

Dengan syarat mahkamah boleh menurut budibicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan dengan jalan lain daripada pengakuan itu.

(2) Seksyen ini tidak boleh dipakai dalam prosiding jenayah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.