ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA



Seksyen 4. Penubuhan Mahkamah Syariah.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah pada tempat-tempat sebagaimana yang difikirkan patut dan boleh menetapkan had bidang kuasa tempatan mahkamah-mahkamah tersebut.

(2) Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidang kuasa di seluruh kawasan tempatan yang dihadkan bagi mana ia ditubuhkan.

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.