ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 43. Penyampaian ganti.

(1) Apabila Mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang memberi alamat penyampaian tidak berada pada tarikh saman atau mana-mana dokumen lain untuk disampaikan, di dalam Negeri Melaka dan ada sebab bagi mempercayai bahawa orang itu sentiasa mengelakkan diri dari penyampaian disempurnakan ke atas, atau bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak boleh disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan saman atau dokumen itu disampaikan dengan cara menampalkan salinannya di tempat yang senang menarik perhatian di bangunan Mahkamah dan juga di bangunan di mana orang itu dipercayai pernah tinggal atau dengan cara yang lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh juga dalam mana-mana kes yang tergulung di dalam subseksyen (1) membuat perintah supaya penyampaian dibuat secara iklan dalam akhbar tempatan atau akhbar-akhbar seperti mana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian pada diri orang itu sendiri.

(4) Di dalam kes penyampaian ganti ini, Mahkamah apabila perlu, hendaklah menetapkan masa bagi pihak yang berkenaan itu untuk hadir dalam Mahkamah.

(5) Perintah untuk penyampaian ganti tidak boleh dibuat berkenaan dengan-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.