ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 77. Jawatan kuasa Kaedah Mahkamah Syariah.

(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatan kuasa Kaedah Mahkamah Syariah bagi membuat kaedah-kaedah tentang tatacara Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Jawatan kuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri daripada–
(3) Ketua Pendaftar hendaklah menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan jawatankuasa itu.

(4) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(5) Semua kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.