ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 12. Kehadiran bukan ahli dalam mesyuarat.

(1) Pengerusi boleh menjemput sesiapa yang bukan ahli Majlis hadir dalam mesyuarat Majlis, jika perkara yang dibincang dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.

(2) Seseorang yang dijemput hadir di bawah subseksyen (1) adalah berhak mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis, tetapi hendaklah tidak ada hak mengundi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.