ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
Seksyen 6. Pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis dan Ketua Hakim Syar' ie Negeri, melantik Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, jika dia-
(a)
seorang warganegara; dan
(b)
sebelum pelantikannya, selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun telah pernah memegang jawatan Hakim Syar'ie atau Pendaftar atau Pendakwa Syar'ie atau Kadhi sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana jawatan yang lain pula.
(3) Tiap-tiap pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (
1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.