ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 86. Menggantung prosiding jika pendakwaan kesalahan dalam pertuduhan yang dipinda menghendaki keizinan terlebih dahulu.

Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu ialah suatu kesalahan yang pendakwaannya memerIukan keizinan terIebih dahulu, maka kes itu tidaklah boleh diteruskan sehingga keizinan itu diperolehi, melainkan jika keizinan sudah diperolehi bagi suatu pendakwaan atas fakta yang sama dengan fakta yang atasnya pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu diasaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.