ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN X - PINDAAN



Seksyen 80. Pindaan kepada saman atau pliding.

(1) Tertakluk kepada Bahagian ini, Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, membenarkan plaintif meminda samannya, atau mana-mana pihak meminda plidingnya, atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara, jika ada, yang diarahkannya.

(2) Jika suatu permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan kebenaran membuat pindaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat selepas habis tempoh apa-apa tempoh had masa yang relevan yang berkuat kuasa pada tarikh pengeluaran saman itu, Mahkamah boleh, jika difikirkannya adil, memberikan kebenaran sedemikian atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

(3) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding boleh meminda plidingnya tanpa perintah Mahkamah pada bila-bila masa sebelum penyampaian kepada pihak yang satu lagi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.