ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 6. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.
(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana jua undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.
(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.
(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya ianya telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan
-
(a)
dengan kematian salah seorang daripada pihak-pihak yang berkahwin itu;
(b)
dengan apa-apa talaq sebagaimana yang dilafazkan di bawah Enakmen ini;
(c)
dengan perintah Mahkamah yang layak berbidangkuasa; atau
(d)
dengan penetapan pembatalan yang dibuat oleh Mahkamah yang layak berbidangkuasa
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.