ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN
Seksyen 54. Pernyataan tuntutan.
(1) Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi-
(a)
nama dan alamat yang terang dan lengkap;
(b)
huraian ringkas dalam perenggan-perenggan yang bernombor fakta-fakta yang dihujjahkan oleh plaintif dan menunjukkan alasan tindakannya, termasuk butir-butir mana-mana keupayaan khas plaintif mendakwa jika ada:
(c)
butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(d)
kenyataan pemulihan yang dituntut;
(e)
apa-apa permohonan lain,
(2) Jika plaintif mempunyai lebih dari satu alasan tindakan, alasan itu hendaklah dinyatakan satu persatu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.