ENAKMEN 13 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN XXV - PELBAGAI
Seksyen 246. Jawatankuasa Kaedah-Kaedah.
(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah yang terdiri daripada—
(a)
Ketua Hakim Syarie yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya;
(c)
seorang wakil Majlis;
(d)
seorang wakil Peguam-Peguam Syarie; dan
(e)
dua orang lain yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie.
(2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)
(e)
hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan layak dilantik semula.
(3) Pendaftar Mahkamah Syariah hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.