ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 215. Perintah bayar pampasan.

(1) Mahkamah yang mensabitkan seseorang mengenai suatu kesalahan boleh memerintah supaya ia membayar sejumlah wang yang ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada seseorang atau wakilnya yang telah mengalami kerugian atau kerosakan mengenai tubuh badan, watak atau hartanya disebabkan oleh kesalahan yang dihukumkan itu.

(2) Mahkamah hendaklah menentukan kepada siapa jumlah wang yang ditetapkan sebagai pampasan itu harus dibayar dan peruntukan seksyen 216 hendaklah dikenakan kepada perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3) Setakat jumlah yang dibayar kepada seseorang atau wakilnya di bawah perintah membayar pampasan, apa-apa tuntutan orang itu atau wakilnya untuk mendapat gantirugi akibat dari kesalahan itu hendaklah dianggap sebagai telah diberi dengan memuaskan, akan tetapi perintah itu tidak menyentuh hak orang itu membawa tuntutan mal untuk mendapat balik harta atau untuk mendapat gantirugi lebih dari jumlah pampasan yang diberi oleh perintah itu.

(4) Rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu perintah yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di bawah seksyen ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.