ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - PEMERIKSAAN SEKOLAH AGAMA OLEH PENDAFTAR, DLL.



Seksyen 27. Kuasa untuk masuk tanpa waran.

Tanpa menjejaskan seksyen 26, jika Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Nazir Sekolah, orang yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa tujuan apa-apa penggeledahan yang hendak dilakukan di mana-mana premis bagi maksud Enakmen ini mungkin terkecewa oleh sebab apa-apa kelengahan dalam mendapatkan waran geledah di bawah Kanun Tatacara Jenayah, dia boleh, tanpa waran, memasuki premis itu bagi maksud sedemikian dengan menggunakan hanya apa-apa kekerasan yang perlu sahaja supaya dia dapat masuk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.