ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 58. Mut'ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon
mut'ah
atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan supaya suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.