ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN V
Kewangan



Seksyen 58. Sekatan-sekatan ke atas perwujudan amanah khairat.

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa maradh-al maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Enakmen ini dan melibatkan lebih dari satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Enakmen ini adalah batal dan tak sah melainkan---
(3) Seksyen ini tidaklah berkuatkuasa untuk menjadikan sah mana-mana wasiat, alang semasa maradh-al maut, wakaf atau nazr yang adalah tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.