ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X
Darihal perbicaraan



Seksyen 101. Pemindahan kes-kes.

Dalam mana-mana jua perbicaraan di hadapan Hakim yang mana terdapat pada sebarang peringkat prosiding itu ada sebab-sebab kes itu, pada pendapat Hakim berkenaan, patut dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi daripada bidang kuasanya, atau jika sebelum atau dalam masa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa, maka Hakim hendaklah menggantungkan prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi dan dia hendaklah mencatatkan perintah berkenaan dengan prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.