Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN XII



Seksyen 67. Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

(1) Kesemua rayuan ulang bicara ke atas keputusan, hukuman atau mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bicara Syariah Khas hendaklah didengar oleh satu panel lima orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie.

(2) Ketua Hakim Syarie akan melantik panel Hakim daripada kalangan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(3) Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Khas bolehlah dibuat secara majoriti mudah dan hendaklah muktamad melainkan disebaliknya diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.