ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PERBICARAAN JENAYAH



Seksyen 85. Pertuduhan.

(1) Pertuduhan itu hendaklah dibuat oleh pendakwa atau Mahkamah dan hendaklah mengandungi butir-butir yang cukup tentang kesalahan yang dituduhkan itu sekira-kira mencukupi untuk pengetahuan yang dituduh mengenai perkara yang dengannya ia dituduhkan. Lebih daripada satu kesalahan boleh dituduhkan dalam bentuk yang berlainan dan dibicarakan serentak jika berbangkit daripada perkara akan urusniaga yang sama. Lebih daripada seorang boleh dituduh dan dibicarakan bersama-sama atas kesalahan-kesalahan yang serupa atau yang berbeza jika dilakukan dalam masa urusniaga serupa.

(2) Pertuduhan itu boleh diubah atau dipinda pada bila-bila masa sebelum keputusan tetapi orang yang dituduh itu hendaklah diberi peluang yang cukup bagi memeriksa, memberi atau meminta keterangan menentang pertuduhan yang baharu itu.

(3) Seseorang yang dituduh dengan suatu kesalahan boleh disabitkan kerana cuba melakukan kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.