ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VI - PENUBUHAN LEMBAGA HAL-EHWAL ISLAM DAN ADAT MELAYU, LEMBAGA MASJID-MASJID, DLL.
Am



Seksyen 58. Peramanahan masjid-masjid, tanah, dsb.

(1) Tanpa menyentuh mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa di dalam Negeri yang berhubungan dengan syarikat, koperasi atau pertubuhan-
(2) Jika Majlis berpuas hati, selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa mana-mana pertubuhan, badan, organisasi khairat, institusi atau sekolah agama Islam atau mana-mana orang telah gagal mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), maka Majlis boleh, melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan bahawa aktiviti-aktiviti pertubuhan, badan, organisasi khairat, institusi atau sekolah agama Islam atau orang itu adalah memudaratkan dan bertentangan dengan kepentingan masyarakat Islam.

(3) Atas pengisytiharan itu,-
(4) Mana-mana pertubuhan, badan, organisasi khairat, institusi atau sekolah agama Islam atau orang yang terkilan dengan Perintah yang dibuat oleh Majlis boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan Perintah itu, merayu kepada Yang di-Pertua Negeri. Setelah dipertimbangkan rayuan itu, Yang di-Pertua Negeri boleh sama ada mengesahkan, membatalkan, mengubah atau meminda Perintah itu.

(5) Sehingga dan melainkan jika Perintah itu dibatalkan, diubah atau dipinda oleh Yang di-Pertua Negeri, ia hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan penuh dan hendaklah dipatuhi dan jika gagal, pertubuhan, badan, organisasi khairat, institusi atau sekolah agama Islam atau orang yang terjejas dengannya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit dan pemenjaraan tidak melebihi dua tahun.

(6) (a) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau tempoh mana-mana pajakan, dalam apa-apa jua hal di mana mana-mana tanah berimilik telah diletakhakkan pada Majlis bagi maksud Ordinan ini menurut subseksyen (1)(a)(i), Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri, memperolehi tanah itu dengan cara pemerolehan secara paksa mengikut Bahagian IV Kanun Tanah.
(7) Majlis boleh mengecualikan mana-mana institusi atau sekolah agama Islam daripada peruntukan-peruntukan seksyen ini.

(8) Bagi maksud seksyen ini, tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (7), "institusi atau sekolah agama Islam" ertinya mana-mana institusi atau sekolah pendidikan atau establismen atau tempat di dalam Negeri di mana orang-orang didaftaraikan untuk belajar atau diajari apa-apa mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.